DuniaSemasa

17,000 artifak bersejarah Iraq dikembalikan

hilang akibat penjajahan Amerika tahun 2003

WASHINGTON DC : Amerika Syarikat mengembalikan lebih dari 17,000 artifak purba yang dijarah dan diseludup keluar dari Iraq selepas penaklukan Amerika pada tahun 2003.

Memetik berita Reuters, ini termasuk tablet tanah liat berusia 3,500 tahun yang memuatkan bahagian daripada Epik Gilgames.

Puluhan ribu barang antik hilang dari Iraq setelah penaklukan yang menggulingkan pemimpinnya, Saddam Hussein.

Ada juga barang yang diseludup dan dihancurkan oleh ISIS yang menguasai sepertiga wilayah Iraq antara 2014 dan 2017, sebelum dikalahkan pasukan tentera Iraq dan antarabangsa.

Kementerian Budaya dan Luar Negara Iraq menyatakan, pihak berkuasa AS yang bertanggungjawab bagi memulihkan artifak, baru-baru ini mencapai kesepakatan dengan Baghdad bagi mengembalikan barang-barang yang disita dari pengumpul barangan antik dan muzium di AS.

“Kerajaan AS menyita beberapa artifak dan mengirimnya ke kedutaan Iraq. Tablet Gilgamesh, yang penting, akan dikembalikan ke Iraq bulan depan setelah prosedur undang-undang diselesaikan,” kata Menteri Kebudayaan Hassan Nadhim.

Pihak berkuasa AS menyita tablet Gilgamesh pada 2019 setelah diseludup, dilelong, dan dijual kepada pedagang seni di Oklahoma dan dipamerkan di sebuah muzium di Washington DC.

Jabatan kehakiman memaklumkan, bahawa mereka sudah memerintahkan penyitaannya bulan lalu.

Dimaklumkan seorang pedagang barang antik AS, membeli tablet daripada pengedar barangan antik di London pada tahun 2003.

Epic of Gilgamesh adalah kisah Sumeria berusia 3,500 tahun yang dianggap sebagai salah satu karya sastera pertama di dunia.

Nadhim mengatakan artifak lain yang dikembalikan termasuk tablet yang ditulis dalam tulisan paku.

Warisan kuno Irak telah dihancurkan oleh konflik, sejak tahun 2003. Ribuan artifak yang lain masih hilang.

Setelah 2014, ISIS menyerbu dan menghancurkan tapak-tapak bersejarah, yang disebut UNESCO sebagai kemusnahan skala ‘industri’.

Mereka menggunakan hasil jarahan untuk mendanai operasinya melalui jaringan penyeludupan yang meluas melalui Timur Tengah dan sekitarnya.

Dengan bantuan badan-badan antarabangsa, pihak berkuasa Iraq telah berusaha mengesa, mengembalikan, dan melestarikan peninggalan arkeologi negara itu.

—KOMPAS

Related Articles

Back to top button