16 Orang Awam Terbunuh Dalam Serangan Di Khartoum
KHARTOUM – Angkatan Tentera Sudan (SAF) berkata, 16 orang awam terbunuh dalam serangan oleh Rapid Support Forces (RSF) separa tentera, di ibu negara, Khartoum, semalam.
Tentera berkata, RSF melakukan “serangan sewenang-wenangnya” ke atas kawasan kejiranan Karari dan Wad al-Bakhit di utara Omdurman, barat laut ibu kota, membunuh 13 orang awam dan mencederakan ramai yang lain.
“Milisi juga menyerang kawasan Al-Maseed (selatan Khartoum) dan melepaskan tembakan secara rawak ke arah rakyat, membunuh tiga orang awam,” kata tentera dalam satu kenyataan.
Ia menambah, pertempuran turut berlaku antara kedua-dua tentera di kawasan Al-Shajara, selatan Khartoum, mengakibatkan lima pejuang RSF terbunuh dan enam lagi cedera.
RSF, sebaliknya, menuduh SAF mengebomkawasan kediaman di Nyala, ibu kota Negeri Darfur Selatan, di barat Sudan, membunuh 14 orang awam dan mencederakan berpuluh-puluh.
Pasukan separa tentera dalam satu kenyataan berkata, 60 askarnya terbunuh semalam, semasa serangan di pangkalan Kor Jurutera SAF, barat bandar Omdurman.