
Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today
RAMALLAH: Tentera israel menahan 15 rakyat Palestin, termasuk seorang yang cedera, dari pelbagai bahagian Tebing Barat yang diduduki, menurut sumber tempatan dan keselamatan.
Menurutnya tentera israel menangkap dua rakyat Palestin selepas memecah masuk ke dalam rumah mereka di bandar Mazari’ An Nubani, utara bandar Ramallah.
Di Baitulmaqdis, polis bersenjata menahan tiga yang lain, dua dari kejiranan Ein al-Louza dan satu lagi dari kejiranan al-Issawiya.
Konvoi kenderaan tentera menyerang kem pelarian Aida, utara Bethlehem, di mana tentera menahan tiga yang lain, termasuk seorang remaja berusia 19 tahun yang baru pulih daripada kecederaannya selepas ditembak oleh tentera israel hampir seminggu yang lalu di selatan Tebing Barat.
Di daerah Salfit, sumber mengesahkan serbuan di bandar Kifl Haris, utara bandar itu, menyebabkan dua lagi ditahan, termasuk seorang bekas banduan yang dipukul dengan kejam sebelum digari.
The lsraeli occupation forces detain 10 Palestinians in different raids overnight. pic.twitter.com/wmYBKxtgH0
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) November 2, 2022
Manakala, di daerah Nablus pula, sumber mengesahkan bahawa seorang penduduk bandar Beita, selatan bandar itu, ditahan di tempat kerjanya yang berdekatan pusat pemeriksaan Jabra, selatan Tulkarm.
Tentera juga telah muncul di sebuah rumah di kejiranan Dhanaba bagi melakukan pencarian menyeluruh dan akhirnya menahan semula bekas banduan di utara Tebing Barat.
Mereka juga menyerbu masuk ke kem pelarian Nur Shams dan menahan seorang lagi.
Di daerah Qalqiliya, tentera yang mengawal pusat pemeriksaan berhampiran pintu masuk bandar Azzun, timur bandar itu, berhenti dan menahan seorang penduduk bandar itu.
Mereka melakukan serbuan serupa di kem pelarian Aqabat Jaber, barat daya bandar itu, yang membawa kepada penahanan seorang lagi di daerah Jericho.
Menurut angka terbaru Addameer, Persatuan Sokongan Tahanan dan Hak Asasi Manusia Palestin, kini terdapat 4,700 tahanan politik Palestin di penjara dan pusat tahanan israel, termasuk 190 kanak-kanak dan 30 banduan wanita.
Jumlah ini termasuk kira-kira 800 rakyat Palestin yang diletakkan di bawah “tahanan pentadbiran”, yang membenarkan penahanan rakyat Palestin tanpa pertuduhan atau perbicaraan yang boleh diperbaharui antara tiga hingga enam bulan berdasarkan bukti yang tidak didedahkan.
Penangkapan besar-besaran rakyat Palestin bukanlah satu perkara yang baru. Menurut laporan 2017 oleh Addameer, sejak 50 tahun lalu, lebih 800,000 rakyat Palestin telah dipenjarakan atau ditahan oleh israel dan angka kini dipercayai hampir 1 juta. Ini bermakna kira-kira 40% lelaki dan kanak-kanak lelaki Palestin yang hidup di bawah pendudukan tentera telah dirampas kebebasan mereka.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini