LOS ANGELES : Filem terbaharu Disney berjudul “Lightyear” tidak dibenarkan tayangan di lebih 10 negara terutamanya Islam berikutan terdapatnya babak watak kaum sejenis bercium.
Negara-negara di seluruh Asia dan Asia Barat telah menolak untuk memberikan laluan kepada filem itu, dalam perkembangan terbaru terhadap syarikat induk Disney kerana ia cuba menormalisasikan mengenai isu lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT).
Pengawal selia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu ini mengumumkan bahawa mereka mengharamkan filem itu kerana “melanggar piawaian kandungan media negara,” dengan menciap gambar wira Buzz Lightyear dalam simbol merah “Tidak”.
The Media Regulatory Office announced that the animated film Lightyear, which is scheduled for release on 16th June, is not licensed for public screening in all cinemas in the UAE, due to its violation of the country’s media content standards. pic.twitter.com/f3iYwXqs1D
— مكتب تنظيم الإعلام (@uaemro) June 13, 2022
“Adalah tidak wajar untuk menunjukkan dua adegan itu, dan ia tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak,” kata seorang pegawai yang enggan namanya disiarkan kepada AFP.
Difahamkan, Disney telah menolak untuk membuat sebarang pemotongan, menawarkan filem yang sedia ada di semua pasaran.
Sehubungan dengan itu, sejumlah 14 negara dan wilayah di mana syarikat itu mahu menayangkan “Lightyear” membuat keputusan untuk tidak membenarkan filem itu ditayangkan.
Negara lain yang tidak membenarkan penayangan filem itu ialah Bahrain, Mesir, Iraq, Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Wilayah Palestin, Qatar, Arab Saudi dan Syria.