Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today
PEKAN : Sebanyak 13 sekolah rendah dan menengah di daerah ini sering dilanda banjir semasa Monsun Timur Laut.
Menurut Mohd Razali Mustafar dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan, banjir akan menjejaskan dua sekolah menengah dan 11 sekolah rendah berhampiran Sungai Pahang.
Sekolah-sekolah tersebut termasuklah Sekolah Kebangsaan (SK) Kinchir, SK Mambang, SK Paloh Hinai, SK Belimbing, SK Pelak, SK Pulau Manis, SK Rusa Pulau, SK Ganchong, SK Serambi, SK Temai, SK Kampung Acheh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ubai dan SMK Paloh Hinai, menurutnya.
“Apabila perlu, semua kelengkapan dan peralatan sekolah termasuk buku aktiviti akan diangkut ke tingkat atas bangunan bagi mengelak kerosakan.”
“Kita sebelum ini telah menjelaskan dan memberi amaran kepada pihak pentadbir sekolah di daerah ini yang berisiko ditimpa tragedi berkenaan perlunya membuat langkah berjaga-jaga untuk menangani banjir.
“Di semua sekolah yang mungkin menghadapi banjir, kempen “Zero Destruction” telah diperkenalkan. Selain itu, satu jawatankuasa dan pelan pemantauan banjir telah dibentuk oleh kami “Hari ini, katanya.
Menurut Mohd Razali, beberapa sekolah turut terputus hubungan apabila banjir berlaku berikutan laluan utama itu ditenggelami air.
Beliau menyatakan kerana banjir di wilayah ini sering mengambil masa yang lama untuk reda, banyak aktiviti penduduk setempat dan sekolah menjadi sukar.
Menurutnya, antara 100 hingga 800 mangsa banjir boleh ditempatkan di 32 sekolah di daerah ini yang telah dijadikan pusat pemindahan sementara.
“Kami sentiasa bekerjasama dengan pertubuhan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga mangsa banjir di PPS bagi memastikan mereka berpuas hati dan gembira.”
Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Pekan menggunakan SK Merchong Jaya sebagai pos hadapan untuk menyimpan bekalan yang diperlukan semasa musim banjir.
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038