GENEVA: Utusan khas PBB ke Syria, Geir O. Pedersen pada Rabu berkata negara Syria kekal dilanda perang itu masih ‘terperangkap’ dan ‘berpecah belah’, rakyat yang menjadi mangsa dalam situasi terkapai-kapai meneruskan hidup sambil mencari kaedah damai untuk meneruskan perjanjian politik yang berdaya maju.
Beliau menambah tiada kemajuan substantif telah dibuat untuk membina visi politik yang sama dan malang sekali ‘penyelesaian tidak akan berlaku’.
“Negara Syria kekal secara de-facto dibahagikan kepada beberapa bahagian, dengan 5 tentera asing, beberapa kumpulan bersenjata dan pengganas yang disenaraikan semuanya aktif di lapangan oleh Majlis Keselamatan PBB,” lapor Pedersen.
Beliau menggesa Jawatankuasa Perlembagaan Syria iaitu sebuah badan yang terdiri daripada 15 wakil daripada kerajaan Presiden Bashar Al Assad, pembangkang dan masyarakat sivil untuk bersidang semula dan membuat kemajuan yang lebih substantif.
Utusan khas PBB itu sendiri telah bertanya kepada kerajaan Syria, pembangkang, negara serantau dan pihak berkepentingan lain apakah konsesi yang mereka sanggup buat sebagai pertukaran untuk tindakan timbal balik mengenai perkara berkaitan orang yang diculik, tahanan, orang hilang, bantuan kemanusiaan dan kepulangan pelarian secara sukarela.
“Matlamat kami adalah untuk memudahkan kemajuan dalam beberapa keutamaan selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan 2254 dan kami menggesa semua pihak untuk bekerjasama dalam menyokong proses politik yang dipermudahkan oleh PBB,” katanya.
Resolusi 2254 telah diterima pakai sebulat suara pada Disember 2015 dan menggesa gencatan senjata dan penyelesaian politik di Syria.
Pedersen menambah beliau akan terus berusaha mencari satu titik penyelesaian konflik dengan pihak Syria dan akan kembali ke Damsyik bulan hadapan untuk pertemuan dengan Menteri Luar Syria, Faisal Mekdad dan pengerusi bersama Jawatankuasa Perlembagaan yang dilantik oleh kerajaan, Ahmed Al Kuzbari.
Wakil dari Perancis, Jerman, UK dan Amerika bertemu Pedersen pada Selasa di Geneva untuk menyatakan sokongan teguh mereka dalam usaha mencapai penyelesaian politik kepada konflik Syria.
.@GeirOPedersen Appreciated in-depth discussion w/French, German, UK & US #Syria envoys in Geneva on latest developments & issues relevant to SCR 2254, including steps that could help build trust & confidence. pic.twitter.com/4wb0dSaVlb
— UN Special Envoy for Syria (@UNEnvoySyria) January 24, 2023
BACA JUGA
Syria umpama kem ‘penjara udara terbuka’ kanak-kanak