Semasa

11 daerah Kedah dalam zon merah

ALOR SETAR : Kesemua 11 daerah di negeri ini dikategorikan sebagai zon merah Covid-19 dengan jumlah kes aktif sebanyak 29,372 kes di negeri ini, setakat semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd. Hayati Othman, berkata penularan penyakit ketika ini tidak menentu dan tidak lagi berdasarkan kluster.

Menurutnya,  hanya beberapa mukim yang tinggal di zon jingga dan kuning dengan majoriti kawasan kini dikategorikan sebagai zon merah.

“Majoriti kes ditemui melalui saringan sendiri oleh orang yang mempunyai simptom dan berhubung rapat dengan mereka.

“Dulu kita ada kluster pendidikan, umrah, pembuatan dan macam-macam lagi, tetapi sekarang kebanyakannya kes tersebar secara sporadik,” katanya.

-AGENSI

Related Articles

Back to top button