PalestinSemasa

105 cedera bergelut dengan polis Israel

Israel halang imarahkan Ramadan di tempat biasa, buka puasa

BAITULMAQDIS:  Sekurang-kurangnya 105 orang cedera selepas pertempuran di antara golongan Yahudi ekstrem dan warga Palestin di timur Baitulmaqdis. Ketegangan bagi dua malam berturut-turut itu menyaksikan polis Israel bergelut dengan warga Palestin.

Ketegangan memuncak selepas peritnah larangan berhimpun, serta beberapa video yang dimuat naik di media sosial. Pergelutan itu adalah rentetan daripada pertembungan malam kelmarin. Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan sekurang-kurangnya 105 cedera dan kira-kira 20 daripadanya dibawa ke hospital, manakala polis Israel memaklumkan 20 anggotanya cedera.

Pertempuran malam kelmarin di luar pintu masuk ke bandar ini, tercetus apabila polis melarang warga Palestin masuk ke beberapa kawasan kebiasaan mereka berhimpun dalam jumlah yang ramai ketika Ramadan.

Keadaan kembali tenang pada siang semalam, namun ketegangan kembali tercetus ketika ribuan umat Islam yang keluar dari Masjid Al-Aqsa selepas solat, didatangi puluhan anggota polis bersenjata dan berkuda.

Di Baitul Laham, Tebing Barat, warga Palestin melemparkan batu dan bom petrol ke arah makam pemimpin Kristian, Rachel, yang turut dihormati penganut Yahudi dan Islam, kata polis.

Gangguan pada waktu malam di kawasan itu kerap berlaku sejak awal Ramadan, berikutan rakyat Palestin berang dengan polis yang menghalang akses ke kawasan yang kebiasaannya dijadikan tempat mereka berhimpun untuk berbuka puasa.

Dalam pada itu, tiga roket dilepaskan dari Semenanjung Gaza ke arah selatan Israel semalam, kata pihak tentera.

Satu daripada roket itu dipintas oleh sistem pertahanan udara Israel, manakala dua lagi jatuh ditembak berhampiran sempadan antara Semenanjung Gaza dan kawasan penempatan Yahudi yang dikawal ketat tentera Israel. – AFP

Oleh ;Arif Ikhwan Pelatih Fakulti Animasi, Teater dan Filem UiTM

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button