DuniaSemasa

Ukraine dakwa tentera Rusia serang konvoi evakuasi

Tujuh terbunuh termasuk kanak-kanak

LVIV : Ukraine dakwa tentera Rusia melepaskan serangan dengan menyasarkan konvoi evakuasi membabitkan wanita dan kanak-kanak berhampiran Kyiv sehingga tujuh orang terbunuh termasuk seorang kanak-kanak.

Menurut perkhidmatan perisikan Ukraine, kesemua mangsa yang terkorban sedang berusaha menyelamatkan diri dari Perkampungan Peremoha.

Kementerian Pertahanan Ukraine memaklumkan kumpulan konvoi tersebut tidak melalui ‘koridor hijau’ yang dipersetujui bersama Rusia sebelum ini.

Terdahulu, Ukraine menuduh Russia menghalang evakuasi dari zon konflik dan tidak menghormati gencatan senjata yang dipersetujui serta melepaskan tembakan yang menyasarkan orang awam.

Bagaimanapun, Russia menafikan dakwaan menyerang orang awam sejak awal pertempuran berlaku pada 24 Februari.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, kira-kira 1,300 tentera Ukraine terbunuh dan menggesa Barat untuk terlibat dalam rundingan damai.

Konflik di Ukraine menyebabkan ribuan penduduk terperangkap di bandar yang dikepung, selain 2.5 juta rakyatnya melarikan diri ke negara jiran. -REUTERS

Related Articles

Back to top button