DuniaSemasa

PBB terpaksa memotong bantuan makanan 10 juta rakyat Afghanistan

Kabul – Sehingga September, 10 juta rakyat Afghanistan telah kehilangan bantuan makanan daripada Program Makanan Sedunia (WFP) PBB tahun ini seperti yang diumumkan sendiri oleh PBB.

Pada bulan ini sahaja, PBB terpaksa memotong bantuan makanan dua juta orang di Afghanistan.

Tindakan itu terpaksa dibuat kerana kekurangan dana besar dan pada masa hadapan PBB hanya dapat memberikan bantuan kecemasan kepada 3 juta orang setiap bulan.

Program Makanan Sedunia biasanya menjadi talian hayat terakhir untuk penduduk di Afghanistan terutamanya ibu-ibu bagi memberi makanan kepada anak mereka..

“Pemotongan ini bermakna 1.4 juta ibu baru dan bakal hamil serta anak-anak mereka tidak lagi menerima makanan khusus untuk mencegah kekurangan zat makanan,” kata Lee pengarah WFP.

WFP memerlukan AS$1 bilion dalam tempoh 6 bulan akan datang untuk dapat memberi makan kepada 21 juta orang.

Sehingga Ogos 2022, WFP menganggarkan lebih 36 juta orang di Afghanistan, sekitar 90% daripada penduduk, tidak mempunyai makanan yang mencukupi. Penguasaan Taliban mendorong AS dan negara lain membekukan anggaran rizab asing negara itu yang berjumlah $7 bilion.

Related Articles

Back to top button