DuniaSemasa

Turki transit seludup dadah digemari, catat ASD$18.7 billion nilai rampasan kokain

Lebih 100,000 operasi dilakukan banteras dadah

TURKI : Turki menjadi antara negara yang menjadi lokasi transit penting  penyeludupan dadah di antara Asia dan Eropah.

Jumlah mereka yang maut akibat pengambilan dadah di Turki menunjukkan penurunan iaitu daripada 342 pada tahun 2019, kepada 314 pada tahun lalu. Manakala bagi tahun 2020,  pasukan keselamatan menjalankan 158,960 operasi terhadap penyeludup dadah dan 23,693 suspek berjaya ditangkap.

Sehingga tahun lalu, rampasan dadah kokain bernilai 165 billion lira  atau bersamaan ASD$18.7 billion dilakukan pihak berkuasa.

Data dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri Turki itu adalah hasil daripada pembanterasan berterusan kegiatan dadah yang dianggap musuh bagi Turki.

 

Menteri dalam Negeri, Turki, Suleyman Soylu.

Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu dalam ciapan di Twitternya berkata terdapat peningkatan dalam blangan rampasan dadah.

Pada tahun 2011 sebanyak 2.1 billion lira (ASD$0.24 billion) dan kini dengan pembanterasan besar-besaran itu nilai rampasan dadah ke Turki meningkat kepada 69 billion lira (ASD$7.92 billion) pada 2019.

Minggu lalu, kastam dan polis negara itu merampas bertan-tan kokain yang diseludup menggunakan kapal yang belayar dari Amerika Selatan, di selatan Turki. Amerika Selatan ialah kawasan utama penyeludupan dadah di Turki bagi kegunaan domestik dan transit dadah ke negara Asia yang lain.

Oleh : Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button