Covid19Dunia

Turki lancar vaksin Covid-19 Turkovac

ANKARA : Turki melancarkan vaksin Covid-19 keluaran sendiri, Turkovac pada Rabu lalu selepas mendapat kelulusan penggunaan kecemasan.

Menurut laporan Agensi Anadolu, sebaik kes Covid-19 pertama di negara itu dilaporkan pada Mac 2020, Turki memulakan kajian bagi mengeluarkan vaksin buatan sendiri.

Kajian praklinikal telah berjaya mendapat kata putus pada Oktober selepas pelaksanaan proses pembangunan Turkovac pada April tahun yang sama.

Fasa satu kajian fasa dimulakan pada bulan berikutnya melibatkan 44 sukarelawan manakala fasa dua dilancarkan pada 10 Februari 2021 dengan penyertaan 250 sukarelawan.

Pihak berkuasa melancarkan fasa ketiga selepas data kajian bagi kedua-dua fasa itu menunjukkan hasil yang positif.

Di bawah fasa tersebut, dos pertama vaksin telah diberikan pada 22 Jun 2021 yang turut disertai Presiden Recep Tayyip Erdogan, sekali gus mengumumkan nama vaksin itu sebagai Turkovac.

Ribuan sukarelawan yang tidak dijangkiti Covid-19 atau telah mendapat vaksin sebelum ini, suntikan vaksin Turkovac diberikan sebagai sebahagian kajian untuk fasa tiga.

Pada Oktober lepas, Turkovac digunakan sebagai dos penggalak. Sukarelawan yang sebelum ini menerima dua dos vaksin Sinovac, diberikan dos penggalak sama ada Turkovac atau Sinovac bergantung kepada pilihan mereka.

-Diolah dan disunting dari artikel BERNAMA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button