DuniaSemasa

Wanita Uighur hilang peluang menjadi ibu

Dirogol, disteril untuk elak mengandung

CHINA :  Sepanjang sejarah peperangan, rogol dan penganiayaan seksual sering dijadikan senjata untuk melemahkan pihak lawan, atau juga golongan wanita. Faktor keselamatan yang rendah menyebabkan wanita dan kanak-kanak perempuan, terutamanya, terdedah kepada keganasan ke atas mereka.

Sejak sekian lama, masalah ini seolah diterima dalam mana-mana konflik, dan sedikit sahaja usaha dilakukan untuk membawa pelaku ke muka pengadilan, terutama bagi pelaku rogol beramai-ramai dan keganasan seksual. Seperti apa yang berlaku di Bosnia pada tahun 1990-an, perang Serbia-Bosnia,  UNHCR melaporkan kira-kira 50,000 wanita dirogol oleh Serbia Bosnia sebagai taktik perang.

Menurut Konvensyen Geneva, individu telah diberi perlindungan secara teoritikal daripada dirogol atau sebarang kejadian keganasan di zon konflik sejak tahun 1946. Namun, hanya pada tahun 1998 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB, meluluskan satu resolusi mengklasifikasikan keganasan seksual pada konflik, termasuk tindakan merogol, sebagai jenayah perang.

Amnesty International berkata, satu daripada tiga wanita dari seluruh dunia adalah mangsa kepada keganasan berasaskan gender. Wanita yang dilihat sebagai penjaga generasi masa hadapan dunia – sering menjadi mangsa dan dikawal oleh satu pihak yang cuba menguasai yang lain wanita diseksa dan diperkosa dalam kalangan komuniti yang disasarkan.

PBB pernah mengutarakan polisi kerajaan China, terhadap wanita Uighur di timur Turkistan, atau dikenali sebagai Wilayah Xinjiang. Menurut laporan Newsline Institute, bulan lalu dokumen rasmi dari tahun 2019 mendedahkan Beijing merancang satu kempen besar-besaran untuk mensterilkan wanita di rantau pinggir bandar Uighur. Pelan itu mensasarkan 34 peratus wanita Uighur yang telah berkahwin dan dalam kelompok masih boleh melahirkan anak.

Laporan bebas yang disediakan oleh lebih 50 orang pakar mernagkumi dari sudut undang-undang antarabangsa, pembunuhan beramai-ramai dan China. Laporan itu menyatakan bahawa polisi kerajaan China di Xinjiang telah melanggar setiap peruntukan di Konvensyen Pembunuhan beramai-ramai PBB. Intipati laporan itu mendapat tindakan ke atas minoriti Uighur itu besifat tindakan yang berterusan dan berperingkat-peringkat, terhadap perbuatan paksaan membabitkan pemandulan dan pengguguran anak yang teratur ke atas wanita Uighur.

Menurut salah seorang mangsa, suaminya dilarikan pada malam hari perkahwinan mereka. Seorang lagi menyatakan dia adalah mangsa strategi pemisahan keluarga oleh kerajaan Beijing.

Sumber dari Uyghur Human Rights Project

“Ketika dia berusia lima tahun, China melarikan ayahnya, sekarang mereka mengambil suaminya. 16 tahun menanti dia tetap menanti kepulangan suaminya. – Parida Kabylbek

Salah seorang mangsa, Tursunay Ziawudun menceritakan pengalamannya yang  diperkosa, malah menjadi saksi kejadian itu ketika tahan di kem berkenaan. Kem yang penuh dengan penyeksaan itu kata Ziawudun dinamakan kerajaan China sebagai kem tumpuan pendidikan semula untuk mengaburi mata masyarakat dunia.

Sumber dari BBC News

Beliau juga bertanya kepada polis wanita untuk memastikan kejadian itu bukan sekadar dongengan dan polis wanita itu mengesahkan dongeng itu benar.

Sumber dari BBC News

“Saya telah hilang peluang menjadi ibu” – Tursunay Ziawudun

Selepas Ziawudun dilepaskan pada Disember 2018, pihak berkuasa Xinjiang memulangkan passport keadanya dan pulang ke Kazakhstan. Kemudian, dengan pertolongan aktivis  Hak Kemanusiaan Projek Uighur Projek, beliau pergi ke Amerika Syarikat. Seminggu setelah tiba di A.S, Ziawudun terpaksa membuang rahimnya.

Dan mengharap bertemu dengan suaminya tetapi masih di Kazakhstan.

Wanita terpaksa menempuh segala seksaan dalam penindasan terhadap kaum Uighur. Satu pencabulan terhadap hak mereka, tubuh badan mereka dan menghancurkan instusi keluarga mereka. Langkah Kerajaan China itu perlu dihalang dan wanita harus terus dibela.

Oleh pelatih fakulti Filem, Teater dan Animasi – Muhammad Nasrul Haqim

Related Articles

Back to top button