Covid19Semasa

Tok Pa positif Covid-19

Menteri Kabinet pertama

PUTRAJAYA : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif COVID-19.

Beliau dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu, Kelantan pada 10.30 malam pada Sabtu (9 Jan)  dan keadaannya dilaporkan stabil.

Pada 1 Januari lalu beliau telah melakukan saringan Covid-19 dan keputusannya adalah negatif.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) hari ini, Datuk Seri Mustapha memohon maaf di atas segala kesulitan daripada perkara itu dan memohon semua pihak berdoa kepada Allah SWT untuk mempermudahkan urusan semua.

Hanya dua orang menteri dilaporkan mempunyai kontak rapat dengan Datuk Seri Mustapha ketika mesyuarat kabinet pada 6 Januari lalu.

Memetik akhbar the star, Pada mesyuarat itu, semua menteri mengamalkan penjarakan fizikal dan mengenakan pelindung di antara satu sama lain.

Sehubungan itu dua orang menteri kabinet yang berada di kiri dan kanan Datuk Seri Mustapha dikategorikan kontak rapat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin duduk dengan jarak dari tujuh kerusi lebih kurang tujuh meter dari Datuk Seri Mustapha, kata salah seorang menteri yang menghadiri mesyuarat itu dan bukan kontak rapat.

Setakat ini, dua menteri berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, yang kini telah pun membuat pengasingan kendiri.

Kedua-duanya juga melaksanakan kuarantin di rumah sebelum melakukan ujian calitan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button