Sukan

Datuk Nicol Ann David tercalon atlet terbaik sepanjang masa

Satu-satunya atlet dari Asia

PETALING JAYA : Datuk Nicol Ann David, tercalon dalam senarai `Atlet Terhebat Sepanjang Masa’ oleh  Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa, International World Games Association.

Datuk Nicol, 37 tahun, pemain kelahiran Pulau Pinang adalah satu-satunya orang Malaysia dan Asia yang berada dalam senarai, yang mempunyai 24 atlet masa lalu dan sekarang dari pelbagai sukan yang dicalonkan oleh persekutuan antarabangsa berkenaan.

Pemilihan itu dimulakan hari Jumaat lalu dan anugerah Atlet Terbesar Sepanjang Masa Sukan Dunia akan dinobatkan pada 1 Februari depan.

Rakyat Malaysia disaran untuk memilih Nicol, dengan mengundi di pautan ini dengan mencari Nicol David di dalam senarai:

https://www.theworldgames.org/awards/The-World-Games-Greatest-Athlete-of-All-Time-81 

Sementara itu, antara atlet lain yang termasuk dalam senarai berkenaan,  termasuk pemanah Sweden Morgan Lundin, pasukan bola baling pantai wanita Brazil, legenda gimnastik Rusia – Evgeniya Kanaeva, eksponen Jiu-Jitsu Belanda, Rob Haans dan juara dunia muaythai Sweden – Sofia Olofsson.

Nicol memenangi tiga pingat emas dan gangsa di The World Games antara tahun 2005 hingga 2017.

Dia juga merangkul lapan gelaran Kejuaraan Dunia dan sembilan tahun mempertahankan gelaran pemain nombor satu dunia.

Nicol dilantik sebagai duta program pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Malaysia pada tahun 2002, dan dia telah menubuhkan yayasannya sendiri untuk membolehkan gadis-gadis muda mengikuti sukan sebagai alat untuk membantu mereka merealisasikan potensi penuh mereka.

World Games adalah acara multi-sukan yang diadakan setiap empat tahun oleh International World Games Association di bawah naungan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button