PalestinSemasa

Tiga lagi warga Palestin terkorban di Tebing Barat

NABLUS: Tentera israel membunuh lagi tiga rakyat Palestin dalam satu kejadian tembak-menembak berhampiran bandar Nablus Tebing Barat yang diduduki pada pagi Ahad.

Kementerian kesihatan Palestin mengenal pasti mereka sebagai Jihad Mohammad al-Shami berusia 24 tahun, Odai Othman al-Shami 22 tahun dan Mohamed Raed Dbeik 18 tahun.

Kumpulan bersenjata Lion’s Den yang berpangkalan di Nablus dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa ketiga-tiga mereka sedang melancarkan serangan hendap ke atas tentera israel di bandar Sarra, barat daya bandar itu.

Ketiga-tiga mereka terbunuh dalam pertempuran itu dan seorang lelaki ke-empat yang dilaporkan bersama mereka telah ditangkap.

Kereta dan jenazah tiga lelaki itu ditahan oleh tentera israel, menurut media Palestin.

Ketegangan memuncak di Palestin sejak beberapa bulan kebelakangan ini apabila serangan israel di Tebing Barat meningkat serta perampasan hak Palestin semakin agresif.

Jumlah kematian rakyat Palestin yang dibunuh oleh israel tahun ini mencecah sekurang-kurangnya 84, termasuk 15 kanak-kanak dan wanita.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button