PalestinSemasa

Tentera israel tembak mati pemuda Palestin dalam serbuan Bethlehem

BETHLEHEM : Tentera israel membunuh seorang rakyat Palestin dan mencederakan enam yang lain di kem pelarian Dheisha, selatan bandar Bethlehem di Tebing Barat yang diduduki.

Sepasukan tentera menyerbu masuk ke kem pelarian selatan Tebing Barat dan menggeledah beberapa rumah dan mencetuskan konfrontasi.

Tentera bersenjata lengkap melepaskan tembakan ke arah lelaki muda tempatan, membunuh Omar Manna Fararja, 22 tahun dengan satu tembakan di dada dan mencederakan enam yang lain di kaki mereka.

Mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan segera.

Ketika serbuan selesai, empat orang telah ditahan, termasuk abang Fararja

Satu mogok umum telah diisytiharkan di daerah Bethlehem.

Menurut statistik Kementerian Kesihatan, jumlah rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel sejak awal 2022 mencapai 212, 160 daripadanya dari Tebing Barat dan 52 yang lain dari Semenanjung Gaza yang terkepung.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button