DomestikSemasa

MAPIM Malaysia salur bantuan terdesak ke Kedah

Sasar meringankan beban masyarakat di negeri itu

BANGI : Bantu seramai yang boleh. Itulah hasrat utama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) apabila badan bukan kerajaan (NGO) itu terus menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery, berkata inisiatif terkini oleh MAPIM Malaysia adalah menghantar kotak bantuan ke Kedah.

Katanya, usaha itu bagi meringankan beban golongan terjejas di negeri berkenaan.

“Doakan sahabat sekalian. Kotak bantuan MAPIM Malaysia ke Kedah. Kita bantu ringankan beban saudara kita sedaya mungkin bersama sahabat di Kedah.

“Insya-Allah setiap hari MAPIM Malaysia lakukan penghantaran SOS ke negeri-negeri yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataaan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan penghargaan kepada pihak-pihak yang membantu merealisasikan misi tersebut.

“Terima kasih Team MAPIM Ranger Kedah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan juga Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kerana selalu memberi sokongan dan bergandingan bersama untuk kerja Ummah,” tambah beliau.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelaksanaan MAPIM Riders untuk penghantaran kotak bantuan kepada 200 keluarga setiap hari di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur dijangka bermula minggu depan.

(Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia

“Semua bantuan ini adalah datangnya daripada rakyat Malaysia sendiri. Jadi MAPIM Malaysia mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sangat prihatin, walaupun saya yakin kita semua terjejas dalam musim pandemik ini. Namun, bantuan di kala kita sendiri sedang berada dalam keadaan sukar itulah antara yang tinggi nilai di sisi Allah. Insya-Allah. Ada lebih ramai lagi yang perlu dibantu, dan kami mengharapkan usaha dan sokongan yang berterusan daripada rakyat Malaysia. Ini misi kita bersama,” tambah (Dr.) Sani Araby Al Kahery.

Baru-baru ini, MAPIM Malaysia melancarkan Skuad 200 Riders dalam usaha membantu keluarga asnaf dan golongan yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.

Menerusi inisiatif itu, MAPIM Malaysia akan menghantar kotak bantuan kepada golongan ini setiap hari selama 30 hari bagi meringankan beban mereka berdepan dengan situasi mencabar ini.

Oleh Azzman Jamal


MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA

#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.

ATAU menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button