Covid19Semasa

636 ditahan ingkar SOP

Degil dan melawan

KUALA LUMPUR: Seramai 636 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam operasi pematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Daripada jumlah itu, 597 dikenakan kompaun manakala 39 lagi direman.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakob, berkata 182 tangkapan atas kesalahan rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran serta makan dan minum di premis.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakob

Katanya, kesalahan lain antaranya kegagalan menjaga penjarakkan fizikal (116), gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis (94), tidak memakai pelitup muka (89), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (54) dan aktiviti pusat hiburan (enam).

“Semalam, seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Benteng dan enam kenderaan darat dirampas, manakala 177 bot serta kapal turut dikesan di perairan negara melalui 14 aktiviti penglihatan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menjalankan 940 sekatan jalan raya di seluruh negara, semalam,” – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menyentuh mengenai keperluan asas, beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati bekalan makanan stabil dan mencukupi

KPDNHEP membuat tinjauan harian ke atas 11 bekalangan barangan terdiri daripada 603 peruncit, 134 pemborong dan 31 pengilang.

“KPDNHEP turut melakukan 1,612 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, 15,84 premis memathui SOP manakala 28 lagi dikenakan kompaun,” katanya.

Bagi operasi disinfeksi Covid-19, beliau berkata sebanyak 155 operasi dilaksanakan di seluruh negara semalam merangkumi 71 zon merah, tiga di zon jingga dan zon kuning 10.

Sementara itu, katanya rekod menunjukkan seramai 762 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa, semalam dan mereka kini menjalan kuarantin di stesen kuarantin di seluruh negara.

Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan

  • Berita Harian

Related Articles

Back to top button