PalestinSemasa

Tanpa keraguan israel lakukan pembunuhan beramai-ramai : pegawai PBB

Makanan, air, sanitasi dan keperluan asas lain mengalami kekurangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini bagi lebih sejuta orang yang dihalau diri dari seluruh Gaza ke bandar Rafah, kata pelapor khas PBB kepada Anadolu .

“Lebih daripada satu juta orang tertumpu di Rafah, setelah dihalau  dari bahagian lain di Gaza. Mereka kekurangan keperluan asas, dari makanan, air serta sanitasi dengan ancaman penyakit melebihi apa yang kita lihat di mana-mana,” kata Balakrishnan Rajagopal, pelapor khas PBB.

“Anda tidak pernah mengalami situasi di mana penduduk tidak dibenarkan melarikan diri,” tambahnya.

Pelapor PBB menulis banyak laporan mengenai dimensi “genosid” serangan Israel di Gaza, Rajagopal menyatakan bahawa mereka menyebut “risiko serius pembunuhan beramai-ramai” dalam laporan awal mereka.

Rajagopal seterusnya berkata mereka menerbitkan laporan lain yang termasuk kemungkinan tindakan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan, menyatakan: “Sejak itu, kami telah mengesahkan bahawa sebenarnya, apa yang berlaku di Gaza merupakan pembunuhan beramai-ramai.”

“Tindakan yang diambil oleh Israel untuk mewujudkan keadaan di mana Gaza menjadi tidak boleh didiami bagi penduduk yang tinggal di sana, pada pandangan saya, tindakan pembunuhan beramai-ramai, tanpa sebarang keraguan,” tambahnya.

SUMBER : TRT World

 

Related Articles

Back to top button