DuniaKemanusiaanSemasa

Taiwan mohon maaf kepada keluarga pelajar

Daripada Presiden, Perdana Menteri

TAIPEI: Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen memohon maaf kepada keluarga pelajar Malaysia yang ditemui mati dibunuh berhampiran Daerah Alian, di Kaohsiung pada 28 Oktober lalu.
Permohonan maaf itu dimaklumkan oleh jurucakap Pejabat Presiden Taiwan, Xavier Chang.
“Presiden Taiwan mengucapkan takziah dan memohon maaf kepada keluarga pelajar terbabit dan rakyat Malaysia atas kejadian itu,” jelas laporan itu.
Insiden berkenaan jelasnya mencemarkan imej Taiwan sebagai negara yang selamat dan berjanji kejadian sama tidak akan berulang kata Tsai ketika berucap di dalam mesyuarat Pimpinan Tertinggi Keselamatan Kebangsaan di Taipei pada Sabtu.
Sementara itu, Perdana Menteri Taiwan, Su Tseng-Chang turut menzahirkan permohonan maaf bagi pihak kerajaan dan berjanji agensi berkaitan akan membantu keluarga mangsa.
Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa yang berusia 24 tahun berjalan di Stesen Keretapi berhampiran universiti terbabit pada pukul 8 malam (waktu tempatan) sebelum dilaporkan hilang.
Pihak berkuasa tempatan berjaya menahan seorang suspek bagi membantu siasatan. Siasatan awal, suspek mengaku telah membunuh mangsa menggunakan tali sebelum membuang mayat mangsa berhampiran Daerah Alian, di Kaohsiung.
Suspek kini disiasat atas kesalahan merogol dan membunuh mangsa.- BERNAMA

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button