Kemanusiaan

SYUKRAN MELEZIE … Aishah rindu sup lentil MAPIM!

Sanggup beratur kesejukan demi semangkuk sup

Seawal jam 7:00 pagi Aishah sudah pun beratur bersama kanak-kanak lain untuk mengambil semangkuk sup panas.
Jauhnya daripada kem pelarian tempat Aishah tinggal bersama keluarga ialah lebih kurang satu kilometer.
Agak jauh bagi kanak-kanak seusia Aishah untuk berjalan lagilah dalam keadaan tanah yang becak.
Namun keletihan itu sedikit pun tidak terasa oleh dia, kerana keterujaan mengendong mangkuk plastik untuk diisi sup mengatasi segalanya.
Bukan tidak ada ketua keluarga yang turut serta, namun kanak-kanak ini ceria menanti tetamu dari Malaysia.
Walau dalam barisan panjang, lebih kurang 100 ke 200 meter, mereka sabar menanti giliran masing-masing, di tangan mereka bekas pelbagai rupa bentuk dibawa.
Suhu sejuk 8 darjah Celcius, bukan halangan mereka, entah mungkin mereka sudah terbiasa dengan persekitaran dingin, pasrah apa yang ada.
Aishah sendiri, seolah-olah sudah terbiasa dengan kesejukan apabila hadir dengan baju merah jambu lusuh.
Kasutnya pula, koyak, menampakkan jari-jari kaki kecil mungil, menggigil kesejukan sementara menanti giliran.
Demikianlah suasana kehidupan kanak-kanak pelarian yang bakal melalui musim sejuk beku tidak lama lagi.
Sup lentil ini adalah juadah kegemaran mereka yang mengandungi bijirin dan sedikit ayam serta sayur-sayuran.
Juadah ini saban hari, disediakan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia di kawasan dapur berpusat atau `central kitchen’ di Kilis, Syria.
Menurut Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery sup ini adalah makan ruji pelarian Syria.
Usai siap direneh, katanya periuk-periuk sup ini akan diangkut ke kem pelarian sekitar yang berdekatan menggunakan lori-lori kecil oleh agensi Yayasan TDV, rakan kerjasama MAPIM Malaysia di Syria.
Sup di masak di dapur berpusat MAPIM Malaysia, dan pusat inilah menjadi nadi bagi menyambung keroncong perut para pelarian.
Kini setelah lebih setahun beroperasi, dapur berpusat ini berkhidmat hasil sumbangan dana orang ramai yang diusahakan MAPIM Malaysia.
Sup ini akan dimakan bersama roti yang dibakar dari kilang roti MAPIM Malaysia, atau Merkezi MAPIM Malaysia.
Kisah Aishah adalah sebahagian kisah keterujaan anak-anak kecil pelarian yang membawa seribu harapan apabila melihat kehadiran aktivis di pusat agihan sup untuk mereka.
Itu kisah sembilan bulan yang lalu, pastinya dengan kekangan Covid-19 yang melanda dunia, nasib mereka entah mungkin lebih sukar lagi.
Pastinya kini mereka ternanti-nanti kelibat aktivis seperti mana mereka pernah disantuni oleh aktivis MAPIM Malaysia, Heliza dan Hazwani ketika itu.
Keceriaan kanak-kanak ini mempamer senyuman ikhlas akan sentiasa terpahat pada ingatan semua sukarelawan.
Berjaket lusuh, ada yang compang camping – namun mereka sabar menunggu, penuh tertib.
Keadaan bekas pula, entahkan bersih atau sebaliknya, malah beg plastik lusuh pun boleh, asalkan boleh diisi dua tiga senduk sup MAPIM dijinjit, dibawa pulang untuk keluarga.
Sesekali, Heliza dan Hazwani meraut wajah-wajah comel yang tidak berdosa malah tidak mengerti kejamnya dunia orang dewasa.
Mana mungkin tiada perasaan hiba.
Masih terngiang lagi rengekan kecil seorang anak pelarian, tatkala sup belum sampai ke khemah, sudah tumpah ke tanah.
Merayu tanpa berkata apa-apa, mereka mendepa tangan, menghulur simpati meminta mangkuk kembali diisi.
Kata mereka, jika diikutkan hati hendak sahaja mereka mengaut sup di tanah, tapi ditegah para sukarelawan.
Bagi kanak-kanak pelarian, sup ini adalah sesuatu yang amat berharga buat mereka dan bukan barang yang boleh dipersia.
Ketika kita masih boleh menukar santapan di meja, walau dalam kekangan pandemic Covid-19 melanda, ada di luar sana, yang makannya ala kadar sahaja.
Teruskan membantu walau sekadar sup dan roti buat pengalas perut mereka.
Sedikit infaq kita, walau sasarannya jauh melepasi benua, ikhlaskanlah seolah kita menyuap sesudu sup ke mulut mereka.
Sedikit pun – mereka TIDAK PERNAH TIDAK BERTERIMA KASIH kepada kita!
SYUKRAN MELEZIE!.
*
Kepada yang ingin menyumbang
Anda masih boleh berbuat kebaikan kerana team RescueSyria MAPIM Malaysia masih memerlukan dana untuk sumbangan terdesak ini. Berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 bina rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 bantuan pendidikan
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
___________________________
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
___________________________
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button