Semasa

Indonesia lanjut sekatan Covid-19

JAKARTA :  Kerajaan diwajibkan melanjutkan Perintah Sekatan Aktiviti Awam (PPKM) yang tamat tempoh semalam sehingga 14 Februari ini berikutan gelombang varian Omicron yang melanda Indonesia.

PPKM yang berlangsung di Jawa-Bali adalah fasa tiga, menurut laporan portal berita Suara.com, dan ia merangkumi kawasan Bali, Jogjakarta, dan Bandung.

Menurut Luhut Binsar Pandjaitan, Menteri Maritim dan Pelaburan, senario itu tidak menunjukkan bahawa Indonesia sekali lagi ‘terhad’, sebaliknya jangkitan sedang dikawal dan langkah sedang dilakukan untuk memerangi lonjakan kes Covid-19.

“Jika penduduk boleh menjaga disiplin diri dan mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan, PPKM akan segera ditamatkan.

“Situasi pandemik buat masa ini masih dalam kawalan jadi jangan panik,” ujar Kuhut.

Sementara itu, kerajaan akan terus menaikkan kadar vaksinasi untuk kedua-dua dos pertama dan kedua, yang kekal di bawah 50% di lokasi di luar Jawa-Bali.

Di luar Jawa-Bali, jumlah imunisasi booster akan dinaikkan selaras dengan titah Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Dos vaksin booster hanya 2.3 peratus di peringkat nasional, dan hanya 1.6 peratus di luar Jawa-Bali.

-AGENSI

Related Articles

Back to top button