DuniaSemasa

Pasukan SMART mula operasi menyelamat di Nurdagi, Gaziantep

PETALING JAYA : Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kini sudah memulakan misi mencari dan menyelamat (SAR) di Turkiye.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata, operasi SAR yang diketuai oleh Komander SMART, Mohd. Khairul Jamil itu di mulakan di Nurdagi, Gaziantep.

“Untuk makluman, Nurdagi adalah antara bandar yang paling teruk terjejas.

“Pasukan pertama sedang menjalankan operasi SAR di satu tapak runtuhan,” katanya.

Menurutnya lagi, pasukan kini turut berdepan dengan masalah liputan komunikasi dan ketiadaan bahan api di Nurdagi.

“Selain cuaca dan risiko gempa bumi susulan, mereka juga berdepan dengan kesukaran liputan komunikasi kerana ketiadaan internet selain tiada bahan api tersedia di Nurdagi,” jelasnya.

Malaysia juga telah menghantar pasukan kedua SMART pada Selasa malam bagi menyertaikan kerja mencari serta menyelamat mangsa gempa Turkiye dan Syria.

Jumlah korban gempa bumi Turkiye dan Syria kini sudah mencecah lima angka dan kerja-kerja mencari masih lagi dijalankan.

MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button