DuniaSemasa

Perhimpunan besar-besaran di London protes ‘dasar apartheid’ Israel

LONDON: Perhimpunan membantah ‘dasar apartheid’ israel terhadap rakyat Palestin telah berlangsung di tengah Kota London pada Ahad.

Orang ramai berkumpul di luar Pejabat Dalam Negeri menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin dengan membawa papan tanda dengan slogan termasuk ‘Kebebasan untuk Palestin’, ‘Boikot Apartheid’ dan ‘Berhenti Membunuh Rakyat Palestin’.


Beberapa lelaki Yahudi Ortodoks turut serta dalam protes anjuran Jawatankuasa Keadilan untuk Palestin sebagai sebahagian daripada Hari Al-Quds tahunan, lapor media Anadolu.

Orang ramai kemudian berarak ke arah Pejabat Perdana Menteri, Downing Street, sambil melaungkan slogan menentang dasar israel terhadap rakyat Palestin.

“Free Palestine!” atau “Bebaskan Palestin!” adalah antara slogan yang dilaungkan kumpulan yang membawa bendera Palestin.

Kredit Anadolu Agency

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button