Semasa

Songket dapat pengiktirafan UNESCO

PUTRAJAYA : Songket disenaraikan di bawah Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO pada Mesyuarat ke-16 Jawatankuasa Antara Kerajaan Untuk Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata, sesi tersebut berlangsung pada 13 hingga 18 Disember ini secara atas talian dari Ibu Pejabat Bandar Raya Kreatif oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris, Perancis.

“Ia merupakan satu kejayaan buat negara Malaysia, pengiktirafan tersebut telah menaikkan nama Songket di persada dunia dan meningkatkan lagi kesedaran terhadap kepentingan melindungi kelestarian warisan tidak ketara daripada hilang ditelan zaman,” katanya.

Pengumuman pencalonan songket dalam senarai yang cukup berprestij ini diputuskan oleh jawatankuasa tersebut yang dianggotai oleh 24 negara anggota Konvensyen Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara 2003 yang dipengerusikan oleh Sri Lanka.

Pengiktirafan UNESCO itu bakal meningkatkan lagi tahap kesedaran terhadap kepentingan melindungi kelestarian seni dan warisan turun-temurun pelbagai etnik dan kaum di Malaysia, termasuk pengamal seni dan warisan tersebut.

“Pengiktirafan Songket ini menjadikan jumlah warisan kebudayaan tidak ketara negara yang tersenarai di bawah Representative List kepada enam, iaitu Mak Yong (2005), Dondang Sayang (2018), Silat (2019), Pantun (bersama Indonesia 2020) dan Upacara Wangkang (bersama China 2020),” menurutnya lagi.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button