DuniaKemanusiaanSemasa

Simpanan gandum musnah, bekalan bertahan 6 minggu?

Wakil MAPIM lapor ramai masih tidak ditemui

Musibah besar yang melanda Beirut Lubnan dibimbangi menjejaskan bekalan makanan berasaskan gandum untuk penduduk negara itu.

Wakil lapangan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, di Beirut, Mehieddine Seyfeddin, berkata letupan ammonium nitrat petang Selasa lalu itu, menyebabkan stor simpanan berkapasiti menampung kira-kira 120,000 tan bijirin terbakar dan bekalan dibimbangi hanya mampu bertahan untuk hanya enam minggu.

Menurut Mehieddine, musibah besar ini mencetuskan penderitaan kepada rakyat Lubnan.

“Kami berada di tempat kejadian yang terjadi di Lubnan 2 hari lepas. Ini musibah yang besar yang mencetuskan kesakitan pada rakyat Lubnan. Yang semua nampak ni, bencana yang berskala besar di pelabuhan, itu stor gandum yang terkena letupan sekali,” beliau melaporkan dari lokasi kejadian.

Menteri Ekonomi dan Perdagangan, Raoul Nehme, bagaimana pun mengulas jumlah bekalan tepung di pasaran dan dalam perjalanan ke Lubnan dapat menampung buat masa ini, krisis tiada tepung dan roti katanya tidak akan tercetus.

Nehmae dijadual bertemu pengimport makanan pada Rabu lalu.

Memetik laporan Bloomberg, Menteri Kerja Raya Lubnan, Michel Najjar, sebelum ini berkata kemusnahan besar yang berlaku di pelabuhan bakal mengambil masa lama untuk dibina semula. Justeru itu, sementara menunggu pemulihan itu berlaku,  pelabuhan di Tripoli akan mengganti pelabuhan di Beirut.

Agensi media tempatan juga melaporkan kapal membawa 5,500 tan gandum dari Ukraine dijangka tiba ke Tripoli pada Khamis lepas.

Dianggarkan lebih kurang 15,000 tan gandum ditempatkan di stor simpanan  di Pelabuhan Beirut ketika kejadian.

Ketua Persatuan Pengimport Gandum Lubnan, Ahmed Hatteet berkata Lubnan mempunyai bekalan bijirin termasuk gandum yang mencukupi dan beliau menyangkal Beirut bakal terkesan dengan bekalan meruncing.

Sekaligus menambah tekanan kepada penduduk terjejas yang dihimpit kesan sosial dan ekonomi akibat pandemik Covid19, juga inflasi yang semakin memuncak sebelum ini.

Menurut Mehieddine, bencana berskala besar ini juga menyaksikan jumlah terkini yang cedera tidak diketahui, manakala ramai lagi yang masih belum ditemui termasuk kemungkinan peluang hidup bagi yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Seramai sembilan orang doktor hilang, manakala sembilan orang jururawa maut, ketika kejadian manakala 90 peratus ubat-ubatan rosak di hospital berdekatan lokasi kejadian.

Pesakit pula terpaksa dihantar ke hospital di luar kawasan kejadian kerana empat hospital di sekitar kawasan letupan padat dengan pesakit, memaksa mereka dikejarkan ke hospital sejauh utara dan selatan Beirut.

 

Setakat ini ramai negara luar, antaranya Turki, Qatar, Kuwait yang  datang menghantar pasukan mencari dan menyelamat selain bantuan para medik, serta bantuan logistik perubatan.

Rakyat Beirut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Malaysia, amnya dan MAPIM khususnya kutipan segera tabung yang dilancarkan.

Bantuan itu katanya amat diperlukan khusus untuk membeli barangan hospital, makanan dan membaiki kediaman yang rosak teruk.

Orang ramai boleh menghulurkan bantuan itu kepada Tabung Kemanusiaan MAPIM #prayforBeirut.

________________________________________________________________________________________

*Sertai Channel rasmi telegram MAPIM bagi megetahui perkembangan terkini, isu semasa dan kerja peduli ummah dalam dan luar negara di  https://t.me/MapimMalaysia

MAPIM melancarkan tabung kilat bagi bantuan kecemasan untuk mangsa letupan di Beirut, Lubnan. Klik https://toyyibpay.com/Beirut-Emergency-Relief-Fund bagi menyatakan keprihatinan anda atau deposit ke TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM Nombor Akaun Maybank 5622-6354-0066.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button