Semasa

Tabung Kilat Beirut MAPIM terima sumbangan

Lawaa Resources manfaatkan majlis pelancaran produk

Terpanggil dek penderitaan rakyat Lubnan khususnya di Beirut yang baru-baru ini dibadai musibah letupan besar, syarikat Lawaa Resources menderma kepada Tabung Bantuan Kilat Kemanusiaan MAPIM untuk Beirut.

Sejumlah RM3,000 disumbangkan  kepada tabung kemanusiaan MAPIM Malaysia untuk disalurkan bagi pembelian perubatan, makanan dan keperluan membaiki rumah mangsa di Beirut yang terjejas teruk.

Bertempat di Ummah Hall, Bukit Mahkota Kajang petang semalam, sumbangan sempena majlis pelancaran produk baharu, Stick Matte Bungaa X Anissa Faizul itu disampaikan kepada Pakar Aktivis Kemanusiaan MAPIM, Kapten Shukri Othman.

Pengasas utama Lawaa Resources Tuan Izzat Roslan dan Anissa Faizul turut hadir.

Majlis promosi lipstik Stick Matte Bungaa X Anissa Faizul ini dimanfaatkan dengan mengambil tanggungjawab kemanusiaan dan rasa prihatin Pengasas Syarikat terhadap kesusahan mangsa letupan pelabuhan Beirut yang kini menyaksikan lebih 100 orang maut, dengan ratuan ribu lagi mangsa yang hilang tempat tinggal.

Majlis turut dihadiri oleh seramai 130 orang stokis dan agen Bungaa X Anissa Faizul dari seluruh negara.

Anissa Faizul atau nama panggilannya Nissaini, adalah instafamous terkenal dalam dunia permodelan dan peragaan tudung dan fesyen muslimah.

 

Memiliki 900,000 orang pengikut Anissa juga seorang usahawan yang memiliki produk kecantikan dengan jenama AF Beauty dan Cosmetics.

Anissa juga adalah isteri kepada YouTuber terkenal Syahmi Sazli yang popular dengan video-video viral Yeo Parey.

_________________________________________________________________________________________

*Sertai Channel rasmi telegram MAPIM bagi megetahui perkembangan terkini, isu semasa dan kerja peduli ummah dalam dan luar negara di  https://t.me/MapimMalaysia

MAPIM melancarkan tabung kilat bagi bantuan kecemasan untuk mangsa letupan di Beirut, Lubnan. Klik https://toyyibpay.com/Beirut-Emergency-Relief-Fund bagi menyatakan keprihatinan anda atau deposit ke TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM Nombor Akaun Maybank 5622-6354-0066.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button