DuniaSemasa

Seramai 356,000 wanita hamil diselamatkan dari gempa bumi

ANTAKYA : Setelah dua minggu bencana gempa bumi yang kuat melanda Turkiye dan Syria, kira-kira 356,000 wanita hamil berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Lapor REUTERS, Agensi Kesihatan Seksual dan Reproduktif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) turut mendapati wanita hamil ini memerlukan akses segera kepada perkhidmatan kesihatan reproduktif.

Golongan wanita itu termasuk 226,000 orang di Turkiye dan 130,000 orang di Syria.

Kira-kira 38,800 daripadanya akan dijangka bersalin pada bulan depan.

Setakat ini, angka kematian di Turkiye meningkat kepada 41,020 orang dan lebih 5,000 orang di Syria.

Kira-kira 385,000 pangsapuri di Turkiye mengalami kemusnahan yang terusk dan ramai dilaporkan masih hilang.

Setakat pagi Isnin, kata jurucakap Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebanyak 197 trak yang dimuatkan dengan bantuan kemanusiaan PBB memasuki barat laut Syria melalui dua lintasan sempadan dari Turkiye  bagi menyalurkan bantuan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menganggarkan kira-kira 26 juta orang di seluruh Turkiye dan Syria memerlukan bantuan kemanusiaan.

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button