Covid19Semasa

Azmin nafi langgar SOP Raya

Nasihat pengguna media sosial hentikan sebar berita palsu

PUTRAJAYA : “Rakyat marhaen nak rentas pergi kubur and rentas daerah pun tak boleh”

Itu antara hamburan yang dilemparkan seorang pengguna akaun Facebook yang juga merupakan adik perempuan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, Ummi Hafilda Ali.

Tangkap layar hantaran Facebook Ummi Hafilda Ali berkumpul pada raya pertama

Menurut kenyataannya, tindakan Azmin dan keluarga berkumpul bagi menyambut perayaan Aidilfitri adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seolah-olah memperolokkan rakyat.

Justeru itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata akan memanggil Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas dan adik kandung beliau, Ummi Hafilda Ali bagi menjelaskan isu dakwaan ahli keluarga itu merentas daerah dan berkumpul bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Beberapa orang saksi lain juga akan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Menurut Mohd Fadzil, polis menerima laporan kira-kira jam 3:00 petang semalam berhubung hantaran yang dikeluarkan oleh Ummi Hafilda Ali tular di media sosial.

Pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 17 P.U (A) 225/2021.

“Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 13 Mei 2021 (Khamis) lebih kurang jam 8 pagi di kediaman rasmi Mohamed Azmin di Presint 10, Putrajaya. – Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali / Ketua Polis Daerah Putrajaya

Tambah Ketua Polis Daerah Putrajaya itu, petugas yang menjaga pos kawalan memaklumkan pada 13 Mei 2021 (Khamis), tiada sebarang pergerakan keluar masuk tetamu dalam persekitaran rumah Azmin Ali.

Merujuk pada maklumat awal juga mendapati sambutan dan jamuan raya tersebut hanya dalam kalangan ahli keluarga beliau yang mendiami kediaman tersebut.

Dalam pada itu, Mohd Fadzil menasihati pengguna media sosial agar berhati-hati dalam berkongsi dan nemngeluarkan apa-apa kenyataan yang berbaur fitnah sehingga menjatuhkan reputasi seseorang individu. – UTUSAN

Oleh Pelatih Fakulti Komunikas dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button