Covid19

“Saya orang pertama akan cucuk vaksin Covid-19”

Timb. Menteri Sains, Teknologi & Inovasi

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim menyatakan kesanggupan menjadi individu pertama untuk diuji dengan vaksin COVID-19 yang bakal diperoleh negara pada suku pertama tahun depan.

Beliau menaruh keyakinan terhadap keberkesanan vaksin itu selepas mengikuti secara dekat perkembangan penghasilan vaksin terbabit.

“Kerajaan menetapkan beberapa kriteria terhadap vaksin itu, ia mesti selamat, stabil dan diluluskan pihak berkaitan sebelum digunakan. “Kenapa perlu takut nak guna vaksin ini? Saya mendapat banyak ‘serangan’ di media sosial (berhubung isu ini). Tiada masalah, saya boleh jadi orang pertama ‘cucuk’ vaksin itu. Orang di luar negara berebut nak guna vaksin COVID-19, malah mempertikaikan kenapa ada orang lain yang diberi keutamaan,” 

Beliau berkata demikian pada Bicara Harakah bertajuk Belanjawan 2021: Hala Tuju Malaysia di bawah Perikatan Nasional yang disiarkan secara langsung di Facebook Harakah TV, malam ini.

Program itu turut dihadiri, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Amzad berkata, mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 12 jenis vaksin COVID-19 sedang dibangunkan syarikat farmaseutikal dan agensi kerajaan di seluruh dunia.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button