Covid19KesihatanSemasa

BoBoiboy bergabung dengan Tan Sri Noor Hisham lawan Covid-19!

``Anda pun boleh jadi Adiwira''

“Dr. kuasa kami tak berkesan!” “ Tak perlu semua itu, yang penting CAPP!”

𝗖egah dari awal, 𝗔malkan norma baharu, 𝗣atuhi SOP dan 𝗣antau status kesihatan; 𝗖𝗔𝗣𝗣!
Adik-adik semua, hero adik-adik dah amalkan 𝗖𝗔𝗣𝗣 bersama Ketua Pengarah Kesihatan. Jadi adik-adik pun kena amalkan juga ya.  Mak dan ayah, jangan lupa sampaikan pesanan 𝗖𝗔𝗣𝗣 ni pada anak-anak kecil ya. Kita boleh putuskan rantaian jangkitan COVID-19 ni!  Begitulah gabungan super hero Boboiboy dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah melawan Covid-19.
Video klip Pesanan Khidmat Masyarakat, PSA, ini dikeluarkan semalam menerusi saluran Monsta, yang mengeluarkan siri dan filem  Boboiboy.

Kandungan PSA ini menunjukkan bagaimana orang ramai dan kanak-kanak khususnya yang menggemari adiwira Boboiboy diajak untuk memerangi Covid-19 dengan cara paling mudah.

Antaranya menjaga kebersihan seperti membasuh tangan dan SOP lain yang perlu dipatuhi orang ramai untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti Covid-19.

Menariknya semua watak animasi rakan Boboiboy menyampaikan pesanan dengan pelbagai cara pencegahan Covid-19 itu kepada masyarakat.

Sejak dimuat naik pada 17 jam yang lalu 17,000 tontonan telah diikuti pada video berdurasi 1:05 minit ini.- FB KKM/ Youtube Monsta.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button