PolitikSemasa

“Saya akur …”

Akan beri komitmen kepada kerajaan baharu

IPOH: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan memberikan komitmen untuk perubahan kerajaan negeri yang baharu.

 

Menurutnya, beliau reda dengan keputusan yang telah dibuat oleh ahli dewan dalam persidangan DUN Perak hari ini.

“Saya terima (keputusan undi) dengan reda. Dalam waktu keadaan ekonomi yang tidak menentu disebabkan Covid-19 ini, masalah politik tidak perlu dipanjang-panjangkan.  Saya memberikan komitmen untuk transisi kepada sebuah kerajaan yang baharu. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan.”

– Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

“Ia adalah satu penghormatan kepada saya kerana dapat berkhidmat kepada negeri yang saya sayangi ini,” katanya dalam siang DUN Perak hari ini.

Terdahulu, Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan undangan negeri dalam undi usul percaya terhadap beliau.

Datuk Seri Faizal Azumu di DUN Perak pagi tadi.

Dalam undian daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya manakala satu undi rosak atau berkecuali.

Usul tersebut dibawa ADUN Pengkalan Baru dari UMNO, Abd. Manaf Hashim.

Pada awalnya, usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak dalam persidangan DUN yang bermula hari ini.

Bagaimanapun dua usul tergempar yang dibawa Salbiah Mohamed (BN-Temenggor) dan Howard Lee (PH-Pasir Pinji) kepada DUN diterima Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button