DomestikSemasa

Misi bantuan pasca banjir MAPIM bergerak ke Banting

BANTING: Misi bantuan pasca banjir telah digerakkan ke Banting, Selangor, hari ini.

Misi anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ini bertujuan bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat banjir sebelum ini.

Sebelum ini, MAPIM mendapat panggilan memohon bantuan dari pihak atasan Malindo Air untuk pekerja operasi darat mereka yang terkesan dengan banjir baru-baru ini.

Misi MAPIM ini telah ke tujuh buah rumah mangsa sejak pukul 10 pagi bagi memberi sumbangan berupa kotak bantuan makanan.

Pihak MAPIM perlu melalui laluan sempit dan agak mencabar untuk sampai ke rumah mangsa.

Menurut salah seorang mangsa banjir, Noor Hafizul Abllah, 37, kawasan perumahannya terkesan dengan bencana bah tetapi tidak seteruk tahun 1971.

“Alhamdulillah dan bersyukur sangat selepas menerima bantuan makanan ini, terkurang sedikit peruntukkan belanja kami untuk barang dapur kali ini. Terima kasih MAPIM Malaysia atas keprihatinan ini,” katanya.

Misi pasca banjir akan diteruskan lagi ke kawasan-kawasan lain yang memerlukan.


MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button