DuniaSemasa

Radovan Karadzic dipenjara seumur hidup di UK

Penjara 40 tahun ditambah ke seumur hidup

LONDON : Di tangannya berbekas nyawa lebih 8,000 lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki Islam Bosnia. Mengetuai pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Serbia pada Julai tahun 1995, penjenayah perang Radovan Karadzic akhirnya dipenjara seumur hidup.
Radovan ketika di ICJ The Hague, 2019 – EPA

Karadzic, 75 tahun yang tiba di United Kingdom (UK) akan menjalani hukuman penjara seumur hidup di Isle of Wight. Karadzic, tiba di penjara yang dikenali dengan nama Parkhurst semalam selepas panel hakim di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) The Hague, Belanda menambah hukuman penjaranya daripada 40 tahun kepada seumur hidup.

Terdahulu, Karadzic juga didapati bersalah atas peranannya dalam pembunuhan terhadap lebih 8,000 lelaki dan kanak-kanak lelaki Islam di Bosnia oleh tentera Serbia pada Julai 1995.  Tragedi itu disifatkan kekejaman paling dahsyat di Eropah sejak Perang Dunia Kedua dan dianggap pembunuhan beramai-ramai oleh ICC.

Perang tiga tahun antara etnik Croatia, Islam dan Serbia pada 1995 menyebabkan lebih 100,000 maut.

Anak perempuan Karadzic, Sonja membantah bapanya menjalani hukuman penjara di Wight kerana menyifatkan keadaan di sana tidak sihat dan ‘tidak bertamadun’. Katanya, keadaan bapanya yang uzur menyebabkan dia tidak sesuai dipenjara di kepulauan tersebut.

– AGENSI

Related Articles

Back to top button