DuniaKemanusiaan

Puluhan tahun laporkan realiti salah terhadap rakyat Palestin, 250 wartawan sokong “Surat Terbuka”

Turunkan tandatangan protes ketidakadilan pemberitaan

Surat terbuka dari wartawan mendesak industri media untuk berhenti mengaburi mata masyarakat daripada  kebenaran terutamanya dalam laporan mengenai isu Israel dan penindasan terhadap rakyat Palestin.

Surat yang dikeluarkan pada Rabu (9 Jun) tersebut berjaya ditandatangani oleh 250 wartawan dari beberapa agensi media yang tersohor di dunia dan mendakwa media arus perdana “menyeleweng etika kewartawanan selama puluhan tahun” yang memberikan maklumat yang salah kepada masyarakat mengenai realiti Israel.

“Menyampaikan kebenaran dan mementingkan tanggungjawab adalah prinsip utama kewartawanan,”.

Namun, sejak beberapa dekad yang lalu, media telah mengabaikan nilai-nilai tersebut dalam liputan berkaitan Israel dan Palestin. Mereka dianggap telah gagal menyampaikan cerita sebenar kepada masyarakat dengan naratif yang mengaburkan aspek utama iaitu penjajahan rejim Israel dan sistem apartheidnya.

Wartawan dari Washington Post; Wall Street Journal; The Daily Beast; The Texas Observer; Vice News; The Intercept; Jewish Currents; The Los Angeles Times; Condé Nast dan beberapa lagi agensi media yang lain telah menandatangani surat tersebut.

Namun, terdapat juga segelintir wartawan yang menurunkan tandatangan tanpa mendedahkan identiti diri mereka. Mereka memilih untuk menggunakan nama syarikat sahaja.

Keputusan untuk menandatangani tanpa mendedahkan identiti sendiri kemungkinan mempunyai hubung kait dengan kecaman yang diterima oleh individu sejak kebelakangan hanya kerana membicarakan mengenai dasar penjajahan Israel.

Emily Wilder, salah seorang wartawan yang tandatangan surat itu, telah dipecat oleh Associated Press hanya selepas 16 hari dilantik bekerja di AP, atas alasan hantaran yang berbaur Pro-Palestin yang dimuat naik di media sosial. Pemecatan beliau turut mendapat perhatian dari 100 bekas wartawan AP yang lain yang mendesak syarikat untuk memberi penjelasan tentang pemecatan tersebut.

Bekas Wartawan Associated Press – Emily Wilder

Wartawan di Australia turut menerima nasib yang sama apabila terdapat wartawan yang hanya memberi cadangan untuk mengubah cara liputan mengenai Palestin dan Israel secara lebih adil.

Surat yang dikeluarkan pada penghujung Mei lepas dengan tanda pagar #DoBetterOnPalestine telah menerima sebanyak 739 tandatangan dari para wartawan, petugas media, dan penulis.

Kesan dari kritikan itu, pihak pengurusan syarikat penyiaran terbesar di Australia, Special Broadcasting Service (SBS) dan Australian Broadcasting Corporation (ABC) mengarahkan 24 staf mereka untuk menyingkirkan nama mereka dari senarai tandatangan surat itu. Malah, ada juga yang diugut bahawa kontrak mereka tidak akan diperbaharui.

Kisah di Kanada pula, mereka berjaya peroleh 2,000 tandatangan sebagai tanda protes dan mendesak untuk liputan mengenai Israel dan Palestin yang lebih adil. Surat itu mengkritik gaya penulisan media Kanada yang melarang penggunaan perkataan ‘Palestin’ dalam laporan mereka.

Sejurus selepas surat itu dikeluarkan, pihak penganjur memberitahu akhbar The Intercept bahawa ada wartawan yang disoal oleh pengurusan setelah menandatangani surat tersebut. Malang menimpa nasib bagi dua wartawan di mana mereka diharamkan untuk melaporkan keganasan yang berlaku di wilayah Palestin.

Kritikan ini juga berkait rapat dengan kegagalan media Kanada melaporkan mengenai laporan yang diterbitkan oleh Human Rights Watch (HRW)  yang mendedahkan Israel melakukan jenayah kemanusiaan apartheid dan penganiayaan terhadap Palestin dalam usaha mengekalkan dominasi di Palestin dan populasi mereka di negara Arab.

Beberapa hari sebelum berakhirnya bulan Ramadan, rejim Israel menyerang para jemaah di perkarangan masjid Al Aqsa dengan gas pemedih mata dan peluru getah. Wartawan tidak melabelkan hal ini sebagai “serangan” terhadap rakyat Palestin, sebaliknya mereka gunakan istilah “konflik”.

Istilah yang digunakan ini menggambarkan seolah-olah kedua-dua pihak telah melakukan jenayah yang sama besarnya. Sedangkan kalau dilihat semula, serangan rejim Israel ke atas Palestin adalah lebih kejam sehingga menyebabkan kemusnahan kemudahan perubatan dan kawasan kediaman warga Palestin.

Sebagai wartawan, mereka diberi kepercayaan untuk menjalankan tanggungjawab yang sangat penting kepada masyarakat dalam menyampai informasi yang tepat dan adil.

Para wartawan seharusnya diberi kebebasan untuk menyampaikan kebenaran tanpa rasa takut atau pilih kasih, terutamanya dalam melaporkan berita mengenai kekejaman zionis Israel yang sudah terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa.

Rakyat Palestin juga berhak mendapat liputan yang adil mengenai penindasan mereka agar dapat membuka mata seluruh dunia mengenai kesengsaraan yang mereka hadapi selama berpuluh-puluh tahun lamanya.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

****MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU

menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi

menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

 

 

 

Related Articles

Back to top button