DuniaSemasa

Protes Pengurus Bandar Baharu, Satu Jabatan Polis Umum ‘Letak Jawatan’

Washington: ‘Pelik tapi benar’, jarang kita dengar berita mengenai pegawai kerajaan ‘letak jawatan’ secara beramai-ramai.

Jika adapun seorang dua sahaja yang akan letak jawatan disebabkan oleh suasana kerja yang tidak selesa ataupun mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, lain pula ceritanya di Wanshington apabila keseluruhan pasukan Polis Kenly di North Carolina, Amerika Syarikat meletak jawatan.

Hal ini berlaku sebagai tanda protes mereka terhadap pengurus bandar baharu yang dilantik telah melahirkan ‘persekitaran kerja yang bermusuhan’.

Berdasarkan posting yang dibuat oleh Ketua Polis Kenly, Josh Gibson di laman Facebooknya, beliau mengatakan bahawa 5 pegawai, kerani kanan serta penolong pengurus bandar telah mengikutinya meletak jawatan.

“Saya bersama seluruh jabatan Polis telah menyerahkan notis ‘letak jawatan’ dalam tempoh 2 minggu.” – Josh Gibson dalam tulisannya di facebook

Tambahnya lagi, pengurus baru yang dilantik telah membina atau mewujudkan satu suasana yang mana beliau rasakan beliau tidak mampu lagi untuk memberi perkhidmatannya kepada masyarakat.

Beliau mendakwa persekitaran kerja tersebut membuatkannya dan pegawai yang lain terpaksa meninggalkan kerjaya mereka walaupun ada diantara mereka telah berkhidmat lebih 20 tahun.

Berdasarkan kepada sumber WRAL, Justine Jones telah dilantik sebagai Pengurus Bandar baharu pada bulan Jun yang lalu.

Selain itu, WRAL turut mendedahkan antara asbab dalam peletakkan jawatan itu adalah disebabkan oleh pasukan Josh Gibson tidak yakin dapat mencapai kemajuan seperti ‘perkembangan penting’ dalam mendepani ‘ketidakstabilan’ yang berlaku.

Walaupun begitu, tidak terdapat kenyataan yang secara spesifik menyalahkan Jones sebagai penyebab utama jabatan ini meletak jawatan secara berjemaah. Namun begitu, Ketua Polis tersebut memberitahu WRAL bersedia untuk kekal bersama pasukannya dalam memberikan perkhidmatan sekiranya Pengurus tersebut sedia untuk berundur.

Oleh Khairulanwar Bin Mohd Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button