Semasa

Polis siasat ‘Hilux’ si pembuli jalan raya

BUKIT MERTAJAM : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat seorang pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang tular membuli kenderaan lain di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Video tular yang berdurasi satu minit 35 saat itu menunjukkan tindakan biadap pemandu Hilux menghimpit pengguna jalan raya yang lain sehingga hampir berlakunya kemalangan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata ekoran daripada kejadian tersebut, pihak polis bertindak membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan masih diteruskan untuk mengesan pemandu motokar pacuan empat roda dan pemandu motokar yang dhimpit tersebut.

“Polis memohon pengguna lebuhraya yang menyaksikan kejadian berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan. katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Firdaus Abdul Ghani di talian 014-3955400 atau 04-5382222.

@malaysianupdatenews

Bawa kereta macam nak bunuh org🤬 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate 📽pagomok

♬ Doge – Clutch

Related Articles

Back to top button