Covid19Semasa

Sambung atau tidak PKPP?

Malam ini Perdana Menteri umum

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas, jam 8:00 malam ini.

Antara yang diramal inti pati ucapan beliau ialah berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan tamat tiga hari lagi.

Perutusan Perdana Menteri itu akan disiarkan di saluran RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Pada 18 Mac lalu, Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Kerajaan kemudian mula melonggarkan PKP pada 4 Mei, dengan mengumumkan PKP bersyarat (PKPB) dan kemudian beralih ke PKPP bermula 10 Jun lalu.

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini mengesyorkan PKPP dilanjutkan sehingga jangkitan Covid-19 di negara ini terkawal selepas perintah itu yang akan tamat 31 Ogos ini.

Menteri Kesihatan Datuk Sri Dr Adham Baba berkata, cadangan itu sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sama-sama kita dengarkan intipati Perutusan Perdana Menteri malam ini.

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button