DuniaSemasa

Pertubuhan Islam di Perancis berbelah bahagi tandatangani piagam antiekstrimis

Terdapat klausa Piagam cetus prejudis terhadap Islam

PARIS: Tiga pertubuhan Islam di Perancis enggan menandatangani piagam antiekstrimis dipelopori oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Tindakan tiga kumpulan Islam itu dibidas Ketua Pertubuhan Islam utama di Perancis.

Presiden Majlis Kepercayaan Muslim Perancis (CFCM), Mohamed Moussaoui, berkata semua kumpulan Islam terbabit berisiko dipertanggungjawabkan atas perpecahan dalam kalangan mereka.

Katanya, penolakan tiga kumpulan itu tidak akan memberi jaminan berhubung pengaruh badan yang mewakili agama Islam di Perancis.

Namun, dua badan mewakili rakyat berbangsa Turki, Jawatankuasa Koordinasi Muslim Turki di Perancis (CCMTF) dan Persekutuan Islam Milli Gorus (CMIG) serta Gerakan Kepercayaan dan Amalan, menolak piagam itu minggu lalu.

Macron sebelum ini mahu semua kumpulan Islam di Perancis menandatangani piagam itu dalam usahanya untuk memperkukuh sistem sekular, susulan beberapa serangan yang didakwa didalangi kumpulan pelampau Islam sepanjang tahun lalu.

Kemelut antara pertubuhan ini timbul ketika ketegangan hubungan diplomatik di antara Perancis dan Turki, yang mana memperlihatkan Presidennya, Recep Tayyip Erdogan, berulang kali membidas usaha keras Macron terhadap Islam radikal di Perancis.

Sementara itu, memetik sumber  tiga kumpulan yang menolak menandatangani piagam berkenaan dikatakan bimbang dengan definisi campur tangan asing dalam agama serta definisi politik Islam.

Milli Gorus, yang juga gerakan pan-Eropah untuk diaspora Turki, dilihat sebagai hasil cetusan idea bekas Perdana Menteri Turki, Necmettin Erbakan, yang dianggap bapa politik Islam di Turki dan mentor Erdogan.

“Kami percaya beberapa ayat dan formula dalam piagam akan melemahkan hubungan kepercayaan antara orang Islam Perancis dengan negara ini.

Malah dalam satu kenyataan bersama oleh ketiga-tiga kumpul an itu menyatakan tidak sepakat mereka berhubung beberapa kluasa dalam piagam berkenaan yang boleh mencetuskan prejudi terhadap maruah Islam.

Malah prinsip ajaran Islam tidak boleh mengambil alih perlembagaan dan undang-undang negara itu.

“Kami pada dasarnya bersetuju dengan tuntutan tiada campur tangan negara, dan menghormati Perlembagaan dan prinsip negara, namun ada beberapa perkara yang kami percaya bakal melemahkan kepercayaan orang Islam dan Negara ini. Tambahan pula, beberapa pernyataan dalam piagam itu menimbulkan prejudis terhadap maruah Islam, yang ditulis dengan nada menuduh dan memperkecilkan,” – kenyataan CCMTF,  CMIG, Gerakan Kepercayaan & Amalan

Menurut AFP, Lima daripada sembilan kumpulan Islam yang membentuk anggota gabungan CFCM – badan yang diwujudkan 20 tahun lalu untuk membolehkan dialog antara kerajaan dan masyarakat Islam, sudah menandatangani piagam itu selepas perdebatan sengit selama beberapa minggu. –

portal rfi.fr, dalam pada itu melaporkan penyokong kerajaan Marine Le Pen, mendesak supaya kumpulan Islam yang tidak mahu menandatangani piagam itu diharamkan.

Perancis mempunyai sejumlah seramai 5.8% daripada 3.7 juta penduduknya berdasarkand ata daripada  Pew Research Center.

Malah masyarakat Islam diramal meningka di Perancis menjelang tahun 2050 kepada 12.7% atau 8.6 juta orang .

Kebanyakannya mereka adalah yang diaspora dari Turki, Algeria dan Afrika Barat serta yang automatisnya menjadi warganegara Perancis setelah kelahiran di negara itu.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button