Covid19Semasa

10 lagi sekolah rendah di Terengganu ditutup!

Hari ini hingga 30 Januari

SEKOLAH DITUTUP DI KUALA TERENGGANU

Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, SK Bukit Petiti, SK Pulau Manis, SK Manir,  SK Tengku Ampuan Mariam, SK Kedai Buloh, SK Tok Dir,   SK Seri Budiman dan SK Gong Tok Nasek

Tindakan penutupan itu susulan terdapat sejarah perjalanan kes pesakit Covid-19 ke semua sekolah berkenaan.

Sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, SK Bukit Petiti, SK Pulau Manis, SK Manir, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Kedai Buloh, SK Tok Dir,   SK Seri Budiman dan SK Gong Tok Nasek.

Memetik BERNAMA, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan bagi mencegah penularan wabak Covid-19 di semua sekolah terbabit.

“Penutupan sementara sekolah-sekolah itu dijalankan di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak perebakan penyakit berjangkit. Sehubungan itu, semua aktiviti dalam kawasan sekolah perlu ditangguhkan,”

Sementara itu, pihak pengurusan sekolah terbabit juga memaklumkan kepada ibu bapa mengenai penangguhan agihan buku teks dan alat tulis kepada pelajar kepada satu tarikh dimaklumkan kemudian.

Baru-baru ini, SK Sultan Sulaiman 1 dan SK Paloh di sini turut diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu berikutan kes yang sama.– BERNAMA

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button