PendidikanSemasa

Peperiksaan UPKK sekolah KAFA ditangguhkan

KUALA LUMPUR : Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama memaklumkan penangguhan pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dijadualkan pada  4 hingga 7 Oktober ke tarikh baharu iaitu 15 hingga 18 November 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata keputusan  itu dibuat bagi memastikan  keselamatan dan kesihatan murid terjamin serta persediaan pusat peperiksaan.

“Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira situasi semasa serta ulasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan keputusan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertarikh semalam (6 September).

Dalam satu kenyataan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga optimis dengan usaha kerajaan ketika ini untuk menuju sasaran imuniti kelompok dan dengan itu membuat ketetapan hanya petugas peperiksaan yang mendapat dua dos lengkap vaksin sahaja dibenarkan untuk bertugas di semua pusat peperiksaan.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan pelaksanaan UPKK berjalan lancar dan berjaya,” katanya.

Mengulas lanjut, JAKIM sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa pandemik COVID-19 khususnya dalam aspek keselamatan murid dan semua petugas peperiksaan.

Selain itu, JAKIM dengan kerjasama semua agensi menyediakan pelan tindakan demi untuk memastikan UPKK dapat dilaksanakan dan berjalan lancar.

“Pembukaan sesi persekolahan bagi calon peperiksaan UPKK bermula pada 3 Oktober ini secara berperingkat mengikut perkembangan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) selaras dengan ketetapan Kementerian Pendidikan.” katanya dalam kenyataan hari ini.

Oleh Nurshazlin Shahrom

 

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button