Covid19Semasa

Covid-19 : masih tinggi!

Sabah ungguli 65% (429 kes) daripada 660 kes

KUALA LUMPUR  : Sehingga 14 Oktober 12: 00 tengah hari, sebanyak 660 kes baharu telah dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 17,540 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,768 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini,  Sabah masih terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 429 kes (65 peratus).

Didapati semakin banyak aktiviti saringan di lapangan yang sedang giat dijalankan di sana dan lebih banyak keputusan ujian sampel telah mendapat keputusan.

Negeri Kedah pula mencatatkan sebanyak 113 kes (17.1 peratus) yang mana 109 kes adalah daripada Kluster Tembok yang melibatkan Penjara Alor Setar, Penjara Pokok Sena dan Penjara Sungai Petani, manakala Pulau Pinang mencatatkan sebanyak 17 kes daripada Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai.

Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara. Negeri-negeri Lembah Klang pula merangkumi 11.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 68 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 7 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 1 kes.

Daripada 660 kes baharu yang dilaporkan, terdapat enam (6) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan empat (4) bukan warganegara iaitu dari:

  • Singapura (3 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Indonesia (2 kes daripada saringan sign on kapal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Filipina (1 kes daripada saringan sign on kapal di Wilayah Persekutuan Labuan).

Daripada 654 kes penularan di dalam negara, 608 kes adalah warganegara Malaysia dan 46 kes adalah bukan warganegara.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button