KemanusiaanSemasa

PBB harus lebih tegas demi kepentingan rakyat Palestin & Myanmar – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah meminta PBB lebih tegas dalam memainkan peranannya terutamanya berkaitan kepentingan rakyat Palestin serta Myanmar.

Beliau menyifatkan misi mengetengahkan isu terbabit di Perhimpunan Agung PPB (UNGA) ke-77 di New York pada Jumaat lalu sebagai berjaya. Malaysia sudah sekian lama konsisten dalam memperjuang nasib rakyat Palestin daripada kekejaman Israel.

Ketika pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, António Guterres, beliau menzahirkan komitmen berterusan terhadap PBB termasuk usaha berterusan Setiausaha Agung untuk menjadikan PBB sebagai Pertubuhan Antarabangsa yang lebih berkesan dan relevan.

Sumber foto Twitter: @MiddleEastEyeFr

Beliau juga membangkitkan kekecewaan Malaysia tentang kegagalan PBB yang dilihat seolah-olah bersikap ‘lepas tangan’ terhadap apa yang berlaku di Myanmar.

Isu Palestin dan Myanmar terutamanya Rohingya yang telah lama berlarutan, nampak tiada jalan penyelesaian.

Kekejaman terus berlaku di Palestin dan Myanmar, kita mahu supaya PBB bertindak membantu ASEAN untuk menyelesaikanya.

Malaysia merasakan satu reformasi perlu diadakan terhadap PBB iaitu membatalkan kuasa veto yang dimiliki oleh negara-negara kuasa besar dunia.

Perdana Menteri turut melahirkan harapan agar PBB mampu untuk menjadi badan rujukan seluruh negara dunia yang menghadapi masalah dan pendamai dalam setiap konflik.

Perarakan pro Palestin di San Francisco
Sumber: qked.org


MASA UNTUK BERTINDAK!

Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang terus diselubungi derita amat diperlukan.

KLIK KE:
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button