PendidikanSemasa

Nur Athirah Mohamad Zaini, Putera Aiman Abdul Rasyid dapat markah tertinggi CAT

Agong zahir ucapan tahniah

KUALA LUMPUR : Kejayaan dua pelajar Malaysia mendapat markah tertinggi bagi peperiksaan Certified Accounting Technician (CAT) turut mendapat ucapan tahniah daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada Nur Athirah binti Mohamad Zaini dan Putera Aiman bin Abdul Rasyid di atas kejayaan mereka berdua disenarai pada kedudukan kedua dunia selepas mendapat pemarkahan tertinggi itu.
Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa bangga atas kejayaan mereka berdua yang sekali gus menjulang dan mengharumkan nama negara.
Kejayaan kedua-dua belia ini membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa.
Kejayaan ini turut membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di persada antarabangsa.
Kedua-dua belia ini, yang berumur 19, berkongsi tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Maintaining Financial Records (FA2).
Mereka telah menduduki peperiksaan tersebut pada bulan Disember lalu.
Nur Athirah merupakan anak jati Pahang dan penuntut di INTEC Education College di Shah Alam, Selangor, manakala Putera Aiman merupakan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam, Selangor.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button