Kerohanian

Vlogger terkenal Jerman, peluk Islam

``Saya rasa ada satu hubungan yang mendalam...''

PAKISTAN : [VIDEO]  Saya sudah Islam! Demikian pengakuan vlogger dan penulis kandungan terkenal Jerman selepas beliau mengucapkan dua kalimah syahadah Jumaat lalu.
Christian Bertzmann yang mempunyai 220, 800 orang pengikut di instagram turut mengesahkan pengIslamannya dengan berkongsi di instagram beliau.
“Islam adalah agama kedamaian, dan saya benar-benar merasakan ada satu hubungan yang mendalam dan saya mahu menerokai perasaan itu sendiri” – Vlogger
Menurut tribune.com, bergelar saudara baharu, hatinya terpaut dengan Islam apabila Bertzmann memulakan siaran di instagramnya dan tinggal di Pakistan selama hampir setahun.
Ketika itu katanya beliau menemui ramai orang dan mempelajari mengenai agama Islam dan kehidupannya.
Membesar di Eropah, katanya Islam sering dikaitkan dengan perkara negatif, perang, keganasan.

Bagi dirinya yang bukan seorang yang taat, semua perkara itu sebelum ini tidak pernah diendahkan beliau.

Beliau turut tidak merasakan asing kerana pada zaman kecil beliau. kawan sepermainan beliau juga adalah seorang Islam, dan pada pendapatnya semua manusia adalah sama dalam simulasi kehidupan masing-masing.

Selain menjadi penyumbang kandungan, Christian juga dikenali dengan sifat kasih sayang kerana sering melakukan kerja-kerja kemanusiaan.

Beliau juga berkongsi pengakuan syahadahnya yang dilakukan di sebuah masjid di Pakistan.

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button