Dunia

Netanyahu, Salman adakan rundingan rahsia?

Apakah Arab Saudi sertai normalisasi?

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengadakan rundingan secara rahsia di Arab Saudi dengan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman, Ahad lalu, lapor media.

Ia adalah lawatan pertama oleh pemimpin Israel itu ke Arab Saudi yang dilaporkan.

Penyiar itu yang memetik wakil Israel yang tidak dinamakan berkata, Netanyahu dan ketua agensi risikan Mosad, Yossi Cohen, ‘terbang ke Arab Saudi semalam dan bertemu Pompeo dan MBS di bandar Neom, ” dengan merujuk MBS kepada Putera Mohammed.

Pejabat Netanyahu bagaimanapun tidak memberikan maklum balas terhadap laporan berkenaan.

Pertemuan itu dilakukan selepas Israel bersetuju terhadap perjanjian bersejarah untuk memulihkan hubungan dengan dua sekutu Arab Saudi di negara Teluk, iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.

Pakatan itu dilakukan ketika pentadbiran Presiden Donald Trump sebelum ini.

Wakil AS dan Israel berulang kali memberi indikasi bahawa lebih banyak negara Arab dijangka akan memeterai perjanjian sama dengan Israel.

Arab Saudi secara terbuka mengatakan akan berpegang teguh pada kedudukan Liga Arab yang sudah puluhan tahun lamanya tidak mempunyai hubungan dengan Israel sehingga negara Yahudi itu menyelesaikan konflik dengan Palestin. – AFP

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button