DuniaKemanusiaanSemasa

Gempa bumi kuat landa Laut Aegea

Gegaran dirasai ke Athens dan Istanbul

TURKI : Enam terbunuh manakala 202 lagi cedera dalam runtuhan bangunan di wilayah Izmir, Turki susulan gempa bumi kuat yang melanda Laut Aegea pada Jumaat.

Gegaran bumi sekuat 7.0 magnitud berlaku pada jam 2:50 tengah hari waktu tempatan.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) kata gegaran itu berlaku pada kedalaman 10 km dan pusat gempa berada 33.5 km dari pantai Turki.

Memetik Reuters, gegaran juga dapat dirasai di sepanjang pantai Aegean di Turki dan barat laut wilayah Marmara.

Pada laporan awal badan kerajaan Turki mengatakan tiada laporan maut setakat ini namun enam buah bangunan telah runtuh di  Izmir.

Bagaimanapun kemudian, Menteri Dalam Negeri Turki Suleyman Soylu, dalam ciapan di Twitternya mengesahkan laporan enam bangunan yang runtuh di dua daerah di wilayah berkenaan.

USGS juga menasihatkan penduduk Pulau Samos, yang mempunyai sekitar 45,000 penduduk, diminta untuk menjauhkan diri dari kawasan pesisir pantai.

Kedua-dua negara Turki dan Greek terletak di garisan memanjang, kawasan di mana gempa bumi kerap berlaku.

Laporan menyatakan gempa tersebut juga dapat dirasai sehingga ke Pulau Greek Crete.

Sebuah video di laman sosial menunjukkan orang awam mencari puing di bangunan yang hancur.

Saksi berkata orang berkumpul di jalan raya semasa gempa bumi bermula.

Map

A view of a damaged site right after a quake shaking Turkey's Aegean Sea coast
Pic : Anadolu Agency
A view of a quake damaged site right after a magnitude 6.6 quake shaking Turkey's Aegean Sea coast
Pic : Anadolu Agency

Pada bulan Januari lalu, sebuah gempa bumi telah melanda Sirvrice, kawasan timur Turki yang menyebabkan lebih dari 30 orang maut dan sekurang-kurang 1,600 lagi tercedera.

Pada Julai tahun 2019 pula, kota Izmit di Athens, ibu negara Greek dilanda gegaran kuat sehingga bekalan elektrik di kebanyakan kawasan bandar terputus.

Gempa bumi kuat pada tahun 1999 melanda di kota Izmit, Istanbul, Turki membunuh kira-kira seramai 17,000 orang. – AGENSI 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button