DomestikSemasa

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM di Taman Danau Kota Setapak

KUALA LUMPUR : Program bas double decker Mobile Clinic anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah beroperasi di Taman Danau Kota Setapak pada 15 November (Selasa).

Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dari penduduk-penduduk sekitar perumahan ini. Penduduk yang hadir datang dari pelbagai bangsa dan umur.

“Saya sangat bersyukur program seperti ini diadakan di sini kerana pada zaman sekarang ini, buka mudah untuk mendapatkan rawatan secara percuma, semuanya memerlukan kos yang tinggi, jadi saya sangat berpuas hati dengan program Mobile Clinic yang diadakan oleh MAIWP-MAPIM ini,” kata Saleha Abdul Rahman, 55 ,salah seorang pengunjung di situ.

Menurut Haji Ghazali bin Khaltun, Pengerusi Persatuan Penduduk di Taman Danau Kota Setapak, dia berterima kasih kepada pihak MAIWP dan MAPIM kerana menganjurkan program seperti ini di tempat mereka. 

“Alhamdulillah, dengan cuaca yang baik pada hari inj kita dapat menghimpunkan lebih daripada sasaran iaitu lebih daripada 50 orang mendapatkan rawatan kesihatan secara percuma di sini,” kata Haji Ghazali. 

Pengunjung-pengunjung yang hadir bukan sahaja mendapat pemeriksaan secara percuma malah mereka juga dibekalkan dengan ubat-ubatan yang diberi secara percuma oleh doktor dan pegawai perubatan di sana.

Bagi yang berkesempatan boleh singgah bagi mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma Mobile Clinic MAIWP-MAPIM di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan pada setiap minggu.

BACA JUGA 
Mobile Clinic MAIWP-MAPIM santuni kariah di 3 lokasi sekitar KL


Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

 

Related Articles

Back to top button