BanjirCovid19KemanusiaanSemasa

Misi membekalkan air minuman untuk ribuan mangsa banjir yang terjejas

Sumbangan kepada golongan terjejas bencana & Covid-19

SEPANG : Banjir yang melanda Pahang dan beberapa negeri lain baru-baru ini memilukan hati seluruh rakyat Malaysia kerana ia bukan saja memusnahkan harta benda malah ia turut meragut nyawa.

Derita itu ditambah dengan ketiadaan air bersih yang menyukarkan penduduk untuk melakukan tugasan harian, seperti memasak, membasuh dan mengemas.

Lebih meresahkan lagi, air yang tercemar atau tidak bersih boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Air banjir yang bercampur dengan sampah-sarap dan najis menyebabkan ia tercemar dengan pelbagai jenis bakteria berbahaya.

Ia bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah kerana banjir antara punca utama pelbagai penyakit termasuk penyakit bawaan air seperti cirit-birit (gastroenteritis akut), kolera, tifoid, hepatitis A, disentri dan keracunan makanan akibat bekalan air serta sumber makanan yang tercemar.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang prihatin tentang nasib yang menimpa sebahagian rakyat Malaysia yang terjejas ini bersedia menjalankan misi membantu mereka.

Mengambil keberkatan sayyidul ayyam pada 22 Jan, MAPIM Malaysia,  berbesar hati menerima penajaan air minuman dan minyak masak daripada Yayasan Qyyum untuk bantuan ummah.

Sejumlah 5,000 botol air minuman 5 liter dan 12 karton minyak masak daripada sumbangan dermawan Yayasan Qyyum,  diserahkan sendiri oleh Presidennya, Abdul Qyyum Mustakem kepada MAPIM.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery  berkata Yayasan Qyyum, satu nama yang tidak asing lagi, sering bersama-sama dengan MAPIM dalam misi memperkasa kebajikan ummah baik di dalam dan di luar negara.

Usaha sama di antara MAPIM Malaysia dan Gaia Plus Sdn Bhd yang menjadi syarikat induk dengan yayasan berkenaan dipererat dari semasa ke semasa, mengikut keperluan bentuk bantuan dan sasaran golongan penerima.

(Dr.) Sani di dalam siaran langsung di Facebook beliau pada Jumaat turut memberi perkembangan terkini sumbangan dermawan dan keperluan yang disediakan untuk asnaf serta mereka yang terkesan akibat COVID 19 dari gudang Ummah Central Warehouse di Sepang.

Menurut beliau, beroperasi 24 jam dan 365 gudang ini bersedia menerima sumbangan penginfaq yang berhasrat membantu ummah dalam bentuk barangan untuk diletakkan di gudang berkenaan.

Selain kotak bantuan makanan, yang siap dan sedang disediakan pelbagai barangan lain seperti bantal, dan peralatan kesihatan sentiasa bersedia untuk dihantar ke sasaran yang memerlukan, termasuk alat penyejuk udara kegunaan kepada petugas barisan hadapan.

MAPIM telah pun memasang industrial air cooler  itu sejak dari Perintah Kawalan Pergerakan sehinggalah beberapa siri PKP yang dilaksanakan kerajaan.

MAPIM juga katanya sebagai pemudah cara non partisan sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja yang menyokong pembangunan dan kebajikan ummah.

Orang ramai juga para penyumbang kepada Tabung MAPIM boleh melihat antara barangan yang telah pun memenuhi gudang bagi tujuan manfaat ummah.

Wartawan Ummah Today – Muhammad Haiqal Nor Wahid

*MAPIM Malaysia
____________________
2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
____________________

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
▶️ www.bantuummah.com
▶️ www.bantuummah.com
▶️ www.bantuummah.com

atau

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button